Kedai Bikers Online Motosikal, Aksessori & Sparepart

11Oct/110

Suzuki FXR150 1997 – RM3.5k

Suzuki FXR150 1997 - RM3.5k
Suzuki FXR150 1997 - RM3.5k

Buatan: SUZUKI
Model : FXR 150cc
Tahun : 1997

UbahSuai:
- HANDLE TZM
- LAMPU DEPAN
- WINDSCREEN
- LED BRAKE LIGHT
- LED SIGNAL
- REAR TIRE HUGGER
- NOB1 EXHAUST (silencer dibuat di Kyon Racing Thailand)
- TZM MUDGUARD
- BREMBO BRAKE LEVER AND MASTERPUMP
- LAGENDA REAR MUDGUARD

Lokasi: PUCHONG
Harga: RM3500 (HIGHLY NEGOTIABLE)

Salam semua.......saya ingin menjual moto FXR 150 kesayangan ni SEPERTI SEDIA ADA. Keracunan utk upgrade ke cc yg lebih besar menyebabkan saya terpaksa menjualnya. Sepanjang menggunakan moto ni, amat jarang sangat ianya buat hal......., cuma di awal2 pemilikan dulu sahaja. Moto tak pernah eksiden. Dijaga dgn baik. Moto ni sudah amat dikenali dgn ketahanan nya dgn syarat jaga servis berkala.

Sudah beberapa kali ke utara Thailand dan pernah test endurance selama 26 jam tanpa henti. F/C nya terbaik. Full tank boleh membawa anda sejauh 480-500km dlm kelajuan malar 120kmh. Top speed pernah dicapai 150kmh. Kelajuan ideal 130-140kmh.

Enjin motor adalah 100% standard. Kebanyakan barangan dalaman enjin telah ditukar baru, one way starter juga telah ditukar baru. Meter baru (bukan nya direpair). Fuel cock baru, pelampung minyak baru, side mirror baru, penutup petrol baru, caliper belakang baru, rantai spoket baru ditukar 2 minggu, tayar duro racing depan belakang masih banyak bunga. Pendek kata, kalau beli moto ni, dah boleh ride terus.....round Malaysia mahupun terus ke Thailand. Nak layan korner terus pun boleh

Moto ni hanya ada 2 perkara sahaja yg perlu di buat......tu pun sebab tak sempat...., kesibukan kerja.

1 - Getah gasket plug. (Yg kat dlm head tu....tak pasti apa kenamanya ) Tak lah teruk sgt tapi nak best tukar jer....tak mahal sgt pun.
2 - Tangki bocor sikit kat bawah bahagian belakang. Tak lah sampai menitik......lubang sekecil hujung lubang jarum jer. Ada kedai yg boleh buat, hasil kerja nya cantik.....tak sempat jer nak buat sebab kena tinggal moto. Boleh direkemenkan.

Itu saja.........lepas tu kalau nak cantik lagi, cat baru ler. Yer la, semua cat masih lagi standard. Frame ada sikit2 kesan karat sebab cat dah kusam.

Moto boleh di test atau tgk kat Puchong Perdana......, tapi available selalunya sebelah malam sebab kerja.

Barangan berkaitan dgn FXR150 ni semuanya akan diberikan sekali, termasuk stand sekali.......dan diberi sekali sebijik helmet percuma.

Sila call eazybuG di KOSONG SATU DUA 2000836 sekiranya berminat atau sebarang pertanyaan.

Timakasih..

Sumber : MBC

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment

(required)

No trackbacks yet.